Thursday 26 February 2009

PENGUMUMAN!!!

CERAMAH MANSUHKAN PPSMI
Oleh : SDR. KHAIRUL FAIZI
EXCO PEMUDA PAS PUSAT
28/02/2009 SABTU
JAM 9.00PG
IDAMAN VILLA, PUTATAN
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!






CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Sempena Kemenangan Parlimen Kuala Terengganu dan Kupasan Isu Kerajaan Pakatan Rakyat Perak

THE PALACE HOTEL (Sebelah Kompleks Karamunsing)
5 MAC 2009
JAM 8.30MLM

YB ABDUL WAHID ENDUT
(AHLI PARLIMEN PAS KUALA TERENGGANU)

YB DR. HIEW KING CHUE
(AHLI PARLIMEN DAP KOTA KINABALU)

TN. HJ. ANSARI ABDULLAH
(AHLI MT KEADILAN)

TN. HJ. HAMZAH ABDULLAH
(TPJ PAS NEGERI SABAH)

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!


Wednesday 18 February 2009

PRK Pensiangan: Tiba-tiba jak ada RTM Keningau

dirujuk dari: http://www.sabahdaily.com/

Salam Muhibbbah dari orang Sabah… Kita bermuhasabah bersama idea munasabah.

Minggu depan pelbagai perkara menarik akan berlaku dalam negara khususnya kemelut di Perak dan keputusan Parlimen Pensiangan samada akan berlaku pilihanraya kecil atau tidak apabila mahkamah akan menentukannya pada 12 dan 13 Februari ini manakala kes rasuah dua adun katak dari parti keADILan yang menjadi Adun tidak bebAS dan dipercayai menerima ganjaran sebesar RM 50 Juta dari najib mongolia.

kedua-duanya kes dua adun tidak bebas di perak itu dijangka diketahui pada pada 10 Februari ini.

Bagi kerusi pensiangan pula, Bn melalui menteri penerangannya shabery chik telah awal-awal lagi meluluskan penyiaran RTM Keningau (Baca: sebenarnya sejak tahun lepas apabila parlimen itu dibatalkan dan tidak sah oleh mahkamah, RTM Keniangau itu disegerakan) untuk berkempen bagi pihak Bn. Pesanan ketua umum keADIlan Anwar Ibrahim agar Pakatan bersedia di Pensiangan wajar dilakukan.

(Rujuk Berita RTM di Bawah)

Situasi di Perak tetap memerlukan Anwar dan beberapa pimpinan Pakatan berada di sana, tetapi situasi yang direka najib di sana seharusnya tidak melekakan pakatan untuk bertempur di Pernsiangan.

Parlimen Pensiangan pernah dimansuhkan sebelum ini dan dimasukkan kedalam Parlimen Keninagau iaitu kawasan yang ditandingi oleh Presiden PBS Joseph Pairin Kititngan.

PBRS adalah pecahan kepada pari PBS yang ditubuhkan pada 1994. sejak itu permusuhan terbuka terus berlaku antara ke dua-dua parti ini samada dari segi keahlian mahupun kuota kerusi.

Presiden PBRS Joseph Kurup pernah memalukan Presiden PBS Pairin Kitingan apabila Pairin hampir kalah dalam Parlimen Keningau yang akhirnya membawa kepada kemasukan semula PBS kedalam BN bagi menutup kemaluan PBS dan Pairin. Pada masa itu, PBS adalah pembangkang di Sabah.

Namun Pensiangan diwujudkan semula bagi memastikan PBRS boleh bertanding kerana Sabah adalah negeri yang mana BN mempunyai terlalu banyak parti. Penganalisis politik berpendapat tujuan memecahkan kerusi parlimen itu mempunyai serampang dua mata. pertama, bagi menghargai sumbangan Kurup dan yang kedua mengurangkan sokongan PBS di Keniangau selain tiada jaminan PBS akan kembaLI MENJADI Pembangkang.

PBS ketika ini adalah kali kedua masuk BN dan merupakan antara parti perkauman yang tebal di sabah dan di katakan anti KL.

Projek 16 Sepetember anwar turut memetik parti ini antara yang mengugut keluar BN jika tiaDA JAWATAN DALAM KABINET.

Bermula dengan Umno, MCA, LDP, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, dan Upko. PBRS adalah parti terkecil dan hanya di beri satu Dun Sook dan satu Parlimen Pensiangan untuk bertanding itupun dalam kawasan Pensiangan sahaja. Satu lagi Dun dalam Pensiangan ialah Dun Nabawan. RTM Keniangau yang diluluskan dengan segera meliputi Dun Nabawan dan Dun Sook dalam kawasan Pensiangan.

kelulusan RTM di kawasan terbabit pastinya perancangan awal BN untuk mempertahankan Parlimen Pensiangan yang dijangka antara Joseph Kurup dari PBRS dan Jeffry Kitingan dari keADILan YANG JUGA ADIK PRESIDEN PBS.

TIBA2 JAK KAN ADA RTM DI PENSIANGAN NI. HERAN2, DULU MATIK2 ZAINUDDIN MAIDIN BEKAS MENTERI PENERANGAN NDAK MAHU RTM DI SABAH. JOM KITA SAKSIKAN PEPERANGAN YANG BARU MAU MULA NI.

Keningau FM radio accessible worldwide

KOTA KINABALU: The Keningau FM radio station, which began its broadcast on Jan 1, can now be both viewed and heard throughout the world live on the Internet through audio-video streaming.

Sabah Broadcasting director Datuk Jumat Engson, said the proactive measure by Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah in making the Keningau FM broadcast accessible through the Internet was mooted by Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek.

“We thank the Information Minister for his commitment in helping to promote the uniqueness of the culture and language, including those of the Murut and Dusun, in the Sabah interior areas,” he said yesterday.

He said the Keningau FM broadcast could be accessed through the Internet at www.rtmsabah.gov.my.

Keningau FM is a 10 hour broadcast which starts from 7am daily and can be listened at frequency 98.4MHz.

The Bahasa Malaysia broadcast is at 0700-1000 hrs and 1400-1700 hrs, Murut (1000-1200) and Dusun (1200-1400).

Jumat said currently the Keningau FM could be listened by residents within a 12km radius of the Keningau town, adding that the coverage would be expanded to other districts like Nabawan, Sook and Ranau with the installation of the FM transmitters at Bukit Sigapon and Layang-Layang under phase two of the project.

Meanwhile, Jumat said Ahmad Shabery would be in Sandakan today to brief local leaders on the restructuring of RTM programmes.

He said the minister would also attend the launching of Berita Wilayah Sabah dan Sarawak on TV1 by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman in Kota Kinabalu tomorrow. -Bernama

Call to give Umno chance in Pensiangan

dirujuk dari: http://www.dailyexp ress.com. my/news.cfm? NewsID=62863

Keningau: Former Tenom Member of Parliament, Datuk Rizalman Abdullah, suggested that the Sabah Barisan Nasional (BN) holds a special meeting to discuss the selection of candidate for Pensiangan in the event of a by-election.

Speaking in a press conference here, Saturday, he said although the quota has been given to Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), any candidate from the party could not guarantee a victory for the BN, hence, the higher-ups should listen to the people's voice.

“I am not against any candidate or quota but I want to see a victory for the candidate vying for the Pensiangan seat," he said in front of about 200 community leaders, including Umno leaders, from Pensiangan.

Although he would have no problem with the quota going to a candidate from PBRS, he, however, claimed that during his recent visit to Pensiangan about 70 per cent of the voters were still behind the BN but unwilling to vote for a candidate who is not picked truthfully and without the backing of the rakyat.

Towards this end, Rizalman suggested that Pensiangan Umno Chief, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, be given a shot at the candidacy or his deputy Ahwar Rasam.

"I make this suggestion not because I want the candidacy but I really hope the BN candidate for Pensiangan will achieve a landslide victory should the by-election be held.

"That is why I dare to speak up and ask the State BN leadership to hold the meeting to decide the candidacy."

He opined that a candidate from Parti Bersatu Rakyat is also worth considering.

Rizalman pointed out that power-sharing among the BN component parties would help alleviate problems involving electricity, health care, schools and road conditions, among others, in Pensiangan, which also comprises the Nabawan and Sook state seats held by Datuk Bobbey Suan (Upko) and Datuk Ellron Alfred Angin (PBRS), respectively.

Wednesday 11 February 2009

Pensiangan: Sekutu BN giat bercakaran

dirujuk dari: http://masdarwahid.blogspot.com/

BN Sabah giat bercakaran sesama sendiri berkenaan siapa yang lebih layak bertanding dalam Parlimen Pensiangan Walaupun status kekososngan kerusi itu hanya akan diketahui pada 12 dan 13 Februari ini. Sekutu-sekutu BN dari Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masing-masing mendakwa mempunyai pengaruh dan kononnya yakin menang di Pensiangan.

Pemimpin Tertinggi PBS berkonflik, PBRS cabar debat.

Timbalan Presiden PBS Maximus Ongkili berkata tidak akan mengacau Parlimen Pensiangan yang ditandingi PBRS. Berbeza dengan presiden PBS Pairin Kititngan yang menyatakan bahawa pemilihan calon BN bagi kerusi Pensiangan, jika berlaku satu pilihan raya kecil nanti, tidak seharusnya dibuat secara automatik atau dalam erti kata lain wajar di beri kepada parti komponen yang lebih berpengaruh di kawasan tersebut.

Presiden PBRS Joseph Kurup yang tidak senang dengan kenyataan itu mencabar Pairin untuk berdebat berhubung siapa yang lebih layak bertanding dalam Parlimen Pensiangan.

PBRS adalah parti serpihan PBS dan kedua-duanya adalah parti komponen (sekutu)BN Sabah.

Difahamkan kenyataan oleh Pairin itu merupakan provokasi untuk menarik perhatian BN pusat memandangkan Mantan Ahli Parlimen Pensiangan pada PRU 2004 Benard S. Maraat telah menyertai PBS. Benard merupakan bekas Setiausaha Agong PBRS sebelum keluar parti pada pilihanraya lalu kerana tidak dicalonkan oleh PBRS dan tempat beliau dirampas oleh presiden PBRS Joseph Kurup yang bertanding di Parlimen Pensiangan.

Benard dikatakan memiliki pengaruh yang kuat dikalangan penduduk Pensiangan dan ini meyakinkan PBS agar kerusi itu wajar ditandingi oleh PBS.

Malah, Benard yang juga anak didik Joseph Kurup awal-awal lagi mengishtiharkan akan bertanding sebagai calon bebas jika Kurup mewakili calon BN pada kali ini serta mendakwa PBRS tidak berbuat apa-apa untuk pengundi Pensiangan.

Sementara itu, Benard dilaporkan mendesak agar BN tidak berdolak-dalik berkenaan peruntukan berbilion ringit untuk Sabah termasuklah Koridor Sabah.

Speed up SDC projects in Keningau: Ex-MP

KENINGAU: The federal government has been urged to speed up the implementation of the Sabah Development Corridor (SDC) for Middle Corridor which was announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi here before last year’s general election.

“All projects proposed should be implemented,” former Pensiangan MP Datuk Bernard S Maraat said here yesterday.

He said any late implementation of the projects under the SDC for the Interior region could cause the people here to lose confidence on the Barisan Nasional (BN) government and its leadership.

According to Bernard, two mega projects under the SDC Middle Corridor are the Sabah Handicraft Centre situated in Keningau district and Jatropha Research and Development Centre in Nabawan district.

He said both projects were under the coordination of the Sabah Foundation and Sabah Land Development Board (SLDB).

“The problem now is that both projects have yet to be implemented and it is very important for the federal government to start them without any further delay,” he said.

Bernard who is also the Sandakan Sawit Palm Oil Industrial Cluster (POIC) chairman, said there was no problem for the East Coast Corridor as two mega projects, POIC Lahad Datu and POIC Sandakan, were being implemented smoothly.

Umno pun Mengidam

UMNo Sabah melalui Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Bung Mokhtar Radin pada 8 September tahun lalu dipetik sebagai berkata beliau tidak menolak kemungkinan lobi-melobi kerusi Pensiangan antara parti komponen BN Sabah wujud sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Presiden PBRS, Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu sebagai batal dan tidak sah. – Utusan 9 September 2008.

Selain itu, Adun Umno pernah melobi Pak lah agar Pensiangan diberi kepada Umno. Adun Liawan dari Umno iaitu Sairin Karno di katakana membawa sejumlah 2,000 orang yang kononnya penyokong pembangkang untuk menyertai Umno secara beramai-ramai semasa lawatan Pak Lah di Pensiangan yang lalu. Walaupun akhirnya Umno ditolak dari bertanding di situ, Sairin dikatakan mensabotaj BN sehinggakan PBRS kalah di kawasan terbabit pada PRU 1999.

MP Beaufort Lajim Ukin pula menyindir dengan mengatakan hanya itulah kerusi yang dimiliki PBRS dan meminta sekutu BN lain tidak mengacau hak PBRS.

Bukanlah asing apabila Lajim menyokong PBRS dalam hal ini memandangkan Lajim dan Kurup merupakan bekas ahli dan pemimpin PBS yang menikam Pairin secara berama-ramai dalam tragedi 1994.

PBS yang pada ketika itu merupakan Pembangkang dan memerintah Sabah tumbang seperti kerajaan di Perak apabila Adun PBS melompat katak beramai-ramai menyertai BN termasuklah Kurup yang menubuhkan parti sendiri dengan harapan dapat ‘merasa’ walaupun sebentar kerusi Ketua Menteri menerusi Sistem Penggiliran Ketua Meneteri Sabah. (sayangnya tak sempat bah.. padan mukak ko)

Perlu dijelaskan di sini bahawa perancangan menjatuhkan PBS ketika itu adalah rancangan Mahathir dan bukan Anwar seperti yang didakwa oleh Pemuda PBS baru-baru ini.

Buktinya apabila Mahathir sendiri yang menukar sesuka hati perlantikan Ketua Menteri Sabah melalui orang yang disukainya sahaja.

PBRS merupakan sekutu BN yang terkecil dan hanya diperuntukkan satu Dun satu kerusi Parlimen.

Seandanya berlaku pilihanraya kecil di kawasan ini, kita berharap agar pakatan rakyat khasnya keADILan mementingkan soal calon berbanding soal dari parti mana memandangkan sentimen penduduk amat kuat terhadap perkara ini. Mungkinkah Jeffry Kitingan akan bertanding di sini bagi mewakili keADILan?